Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Wanita Trauma Hampir Diculik

Wanita ini berada di dalam keretanya sendiri dan dia hampir diculik.

0
comments
Wanita Trauma Hampir Diculik
Gambar: FB Nabila Huda Mohamad
Peristiwa yang berlaku kepada Nabila Huda Mohamad yang dikongsikan melalui laman Facebooknya menjadi satu iktibar dan peringatan buat kita semua. Menurutnya, ia terjadi ketika dia berada di dalam kereta, sedang menunggu suaminya yang berada di dalam bank. 

Kesilapan Nurul Huda adalah duduk berseorangan menunggu di dalam kereta dengan enjin hidup dan tidak mengunci pintu. Disebabkan itu, dia hampir dilarikan orang yang tidak dikenalinya. 

Namun Nurul Huda sempat menjerit memanggil suaminya di dalam bank. Berlaku pergelutan dan orang ramai datang membantu menangkap penjenayah terbabit. 

Nurul Huda mengalami lebam di badan dan trauma manakala suaminya lebam teruk pada tangannya. Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang bertindak pantas dan sudi membantunya.

Berikut adalah perkongsian wanita ini di laman Facebook miliknya: 

Gambar: Facebook Nabila Huda Mohamad
 
 
Comments