Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Penumpang Panik Feri 'Bocor'

Pengguna cemas dan persoalkan insiden ini.

0
comments
Penumpang Panik Feri 'Bocor'
Gambar: themalaysiantimes/penangport
Keadaan sebuah feri di Pulau Pinang menjadi kelam kabut apabila air melimpah keluar dari geladak utama secara tiba-tiba. Insiden ini menyebabkan penumpang terkejut dan cemas. Pengguna mempersoalkan insiden yang dianggap luar biasa itu dan gambar mengenainya dikongsikan di Facebook. Punca kejadian tidak diketahui.

Namun respon Penang Port Sdn Bhd dalam Facebook menyatakan mereka menyedari kejadian itu dan menjelaskan ia bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa. Pihak berkuasa pelabuhan itu berkata pancutan air itu sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).

"Kru akan memeriksa paras air di tangki bila feri berlabuh di terminal dan jika paras air rendah, kru akan menambah bekalan air. Mereka membuka lubang yang mengeluarkan bunyi ketika air diisi dan bila air sampai pada parasnya, air akan terkeluar menerusi lubang itu yang menunjukkan tangki sudah penuh," katanya.

Bekalan air itu digunakan untuk bilik enjin, bilik air dan keperluan domestik ketika feri melintasi laut.

Sumber: Bernama
 
 
Comments