Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Paralimpik Rio Dibuka Rasmi, 21 Atlet Malaysia Bersaing

Atlet negara menyertai lapan daripada 23 acara sukan yang dipertandingkan.

0
comments
Paralimpik Rio Dibuka Rasmi, 21 Atlet Malaysia Bersaing
Atlet negara tampil berpakaian tradisional iaitu baju kurung dan baju Melayu warna jingga serta motif jalur harimau pada selendang dan samping. (Gambar: Khairy Jamaluddin - Twitter)
Sukan Paralimpik Rio de Janeiro untuk atlet kurang upaya dibuka secara rasmi oleh Presiden Brazil, Michel Temer dalam acara perasmian penuh warna warni pertunjukan bunga api yang diadakan di Stadium Maracana.

Temasya kali ini membabitkan 4,300 atlet kurang upaya dari 161 negara termasuk 21 atlet Malaysia yang mengambil bahagian. Kontinjen negara diketuai Dr Ang Kean Koo dan Abdul Latif Romly membawa Jalur Gemilang bersama atlet tampil berpakaian tradisional iaitu baju kurung dan baju Melayu warna jingga serta motif jalur harimau pada selendang dan samping.

Menariknya, atlet negara akan menyertai lapan daripada 23 acara sukan yang dipertandingkan dan penyertaan Malaysia ke kejohanan antarabangsa ini sejak tahun 1972 di Heidelberg, Jerman pernah menang pingat perak dan gangsa di London (2012), gangsa (Beijing, 2008) dan 1 perak 2 gangsa (Barcelona, 1992) serta sebelum itu, gangsa (Seoul, 1988), seperti dilaporkan Bernama.
 
 
 
Comments