Rojak Daily Logo

Pasangan Tengku Mahkota Johor Sambut Keputeraan Seorang Puteri

0
comments
Pasangan Tengku Mahkota Johor Sambut Keputeraan Seorang Puteri

Khabar gembira khususnya untuk rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat Malaysia apabila mendapat berita Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan YM Che Puan Khaleeda Bustaman selamat menerima kelahiran anakanda mereka berdua iaitu seorang puteri di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pagi tadi, 25hb Jun, 2016.

Puteri kepada Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda ini merupakan cucunda pertama kepada Sultan Johor, DYTM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Apa kata rakyat Johor.

Kami di Rojak Daily Kaw! sempat menemubual dua orang rakyat Johor mengenai berita gembira ini.

Shazli Taib | Rojak Daily
Shazli Taib

Menurut Shazli Taib, “Sebagai rakyat Johor, saya rasa gembira dan bangga dengan kelahiran keturunan DiRaja diteruskan, dan semoga Allah s.w.t. Sentiasa memberkati keluarga DiRaja Johor dan seluruh rakyat Johor.”

Harry Jalil | Rojak Daily
Harry Jalil

Seorang lagi rakyat Johor yang kami temui, Harry Jalil berkata, “Saya rasa sangat gembira dengan kelahiran zuriat pertama pasangan Tunku Mahkota Johor. Semoga puteri yang dilahirkan akan merapatkan lagi kasih sayang dan memberikan lebih sinar kebahagiaan kepada pasangan DiRaja khususnya dan seluruh keluarga DiRaja. Kami bangga menjadi rakyat Johor.”

 
 
Comments