Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

UFO Singgah Kelantan Lagi?

UFO kali ini didakwa berlegar di Cembong Batu Nang.

0
comments
UFO Singgah Kelantan Lagi?
Video UFO yang didakwa berlegar di sekitar Cembong Batu Nang, Kuala Krai, Kelantan dimuat naik pengguna media sosial di YouTube. (Sumber: YouTube)
Satu lagi kes membabitkan objek terbang tidak dikenali atau UFO didakwa kelihatan di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini. 

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas satu video berdurasi 1 minit 25 saat menjadi viral dan tersebar di media sosial yang mengundang persoalan ramai khusus penduduk di kawasan terbabit.


Imej UFO kononnya dirakam menerusi video yang menjadi viral di media sosial. (Sumber: YouTube)

Bagaimanapun, pihak polis menyatakan mereka tidak menerima sebarang laporan yang dibuat penduduk di kawasan itu. Maklumat tidak benar itu juga menyatakan kononnya penduduk Kuala Krai dikejutkan objek dipercayai UFO berlegar di ruang angkasa berhampiran Cembong Batu Nang dan kejadian itu disaksikan penduduk dalam beberapa minit sebelum objek itu hilang. 

Kisah UFO di Kelantan pernah berlaku pada tahun 2000 apabila objek itu didakwa mendarat di Kampung Gobek, Tanah Merah.
 
 
Comments



Back to top