Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

20 Tahun Selepas Diserang Harimau, Lelaki Ini Tampil Membuka Wajahnya

Dengan sebahagian wajahnya dirobek, dia tidak lagi sembunyi.

0
comments
20 Tahun Selepas Diserang Harimau, Lelaki Ini Tampil Membuka Wajahnya
Gambar: thatviralfeed.com

Hashmot Ali, 40, tinggal di selatan Bangladesh telah diserang oleh seekor harimau 20 tahun yang lalu. Harimau telah berkeliaran di kawasan tempat tinggalnya setelah sekian lama namun kes serangan amat jarang berlaku.


Harimau yang berkeliaran di kawasan kampung banyak meresahkan kebanyakan penduduk namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana sifat agresif harimau tersebut.
 


Ketika dia berusia 20 tahun, Hashmot telah diserang oleh seekor harimau dimana harimau itu telah menarik dan menggoyakkan sebahagian besar daripada kulit dan daging dari mukanya. Akibat jeritannya yang terlampau kuat, ia telah disedari oleh rakan-rakan nelayan berhampiran.
 


Rakan-rakan nelayan Hashmot kemudiannya mengambil pendayung sampan dan membuatkan bunyi kuat lalu berjaya menakutkan harimau tersebut. Dia dikejarkan ke hospital dan doktor menjelaskan bahawa kecederaannya hampir meragut nyawa dan mereka tidak dapat menyelamatkan wajahnya.
 


Selepas daripada peristiwa itu, Hashmot menggunakan sapu tangan untuk menyembunyikan wajahnya kerana dia kerap dibuli oleh penduduk kampung. Penghinaan berterusan ini menjadikan dirinya mengelak untuk keluar rumah.
 


Namun selepas 20 tahun, inilah masanya dia membuka sapu tangan tersebut dan menunjukkan dirinya yang sebenar pada dunia.
 


Bapa kepada 3 orang anak ini telah belajar untuk hidup dengan wajahnya dan mahu mempunyai kehidupan yang normal. Dia mahu menjadi contoh yang baik pada anak-anaknya.
 

Gambar: thatviralfeed.com
 
 
Comments