Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Siapakah Gadis Mirip Selena Gomez Ini?

Selena Gomez Malaysia!

0
comments
Siapakah Gadis Mirip Selena Gomez Ini?
Sekali terpandang gadis muda ini, sememangnya ada mirip dengan penyanyi comel, Selena Gomez.


Selena Gomez Malaysia yang dimaksudkan ini adalah Phanthegerow Louiselle Leo Estrop, atau lebih dikenali sebagai Phan yang berasal dari Sabah. Mempunyai darah campuran Belanda, “Ayah saya berbangsa Dusun campuran Belanda manakala ibu pula berbangsa Kadazan", katanya.
 




Amat meminati bidang lakonan dan nyanyian, dia sebenarnya tidak pernah terasa diri mirip Selena Gomez apatah lagi mengikuti cara solekan dan cara pemakaian penyanyi itu. “Sebenarnya sejak kecil lagi saya seorang yang tidak dikenali pun. Tapi ada teman-teman sekolah yang mula perasan wajah saya seiras Selena. Saya amat bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan. Namun, saya lebih suka jika saya dikenali sebagai Phanthegerow yang mempunyai personaliti dan identiti yang tersendiri”, ujarnya.
 



Mengakui turut meminati Selena Gomez, lagu-lagu Selena senang meniti di bibirnya. “Saya paling suka dengan lagu 'Kill em with Kindness' kerana lagu tersebut banyak memberikan mesej yang baik”.
 


Pernah memenangi pertandingan Female Icon Sabah 2015, gadis berusia 18 tahun ini teringin sangat untuk berjumpa dengan penyanyi dan pelakon pujaannya itu. “Saya tidak berkesempatan untuk turun ke konsertnya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Jika diberi peluang bertanyakan satu soalan pada Selena, saya ingin sangat tahu apakah kunci kejayaan Selena”, katanya di akhir perbualan.

 
 
Comments