Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Tugu Peringatan Banjir Jadi Produk Pelancongan Baru

Tugu tersebut menjadi mercu tanda baru bandar Kuala Krai, Kelantan.

0
comments
Tugu Peringatan Banjir Jadi Produk Pelancongan Baru
Tugu Peringatan Banjir dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kuala Krai, Kelantan, semalam. (Gambar: Dato' Ahmad Yakob - Facebook)
Tragedi banjir besar yang pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan dua tahun lalu diabadikan menerusi pembinaan sebuah Tugu Peringatan Banjir.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai di Tapak Monumen Banjir berhadapan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai, Kelantan, semalam menyatakan ia menjadi mercu tanda baru bandar Kuala Krai yang dianggap sebagai salah satu produk pelancongan yang boleh menarik pelancong tempatan dan luar negara.

"Ia juga sebagai suatu simbol penghargaan kepada usaha-usaha yang tidak mengenal lelah, jasa, bakti dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir," katanya dalam status di Facebooknya, semalam.

Tambahnya, inisiatif pembinaan tugu tersebut diusahakan pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Majlis Daerah Kuala Krai dan juga Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah (PEJUTA).
 
 
Comments



Back to top