Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Berita Perkahwinan Kedua Bekas Menteri Besar Selangor Jadi Bualan Hangat

Sumber terdekat mengesahkan perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir Toyo.

0
comments
Berita Perkahwinan Kedua Bekas Menteri Besar Selangor Jadi Bualan Hangat
Beberapa foto perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir Toyo yang dikongsi pengguna di Facebook.
Berita perkahwinan kedua bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, 51, semalam menarik perhatian ramai termasuk menjadi bualan hangat di media sosial yang melihat foto pasangan itu dikongsi pengguna di Facebook.

Ramai pengguna mengucapkan tahniah pada pasangan berkenaan tidak kurang melontarkan persoalan mengenai jodoh ahli politik itu. Meskipun tiada kenyataan rasmi daripada beliau, sumber terdekatnya memberitahu Bernama, Dr Mohamad Khir berkahwin dengan seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Isteri barunya itu atau nama asal, Christine Tan, 39, memeluk agama Islam pada April lalu dan majlis perkahwinan mereka berlangsung dalam negara. Sumber itu juga mengirimkan beberapa keping gambar wanita itu memakai busana pengantin rekaan Datuk Radzuan Radziwill pada majlis itu.

Laporan itu menyatakan perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dikurniakan seorang anak dan mereka mempunyai lima anak angkat.

 
 
 
Comments



Back to top