Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

'Power Bank' Awie Terbakar, Paha Melecur

Alat pengecas itu mengeluarkan bunyi seperti bunga api.

0
comments
'Power Bank' Awie Terbakar, Paha Melecur
Seluar dipakai Awie berlubang selepas 'power bank' miliknya terbakar yang menyebabkan pahanya melecur. (Gambar: eberita.org)
Mungkin kita sukar percaya kes membabitkan bateri pengecas atau 'power bank' boleh meletup di dalam poket seluar atau beg sebelum ini tetapi ia benar terjadi membabitkan seorang jurukamera sebuah stesen televisyen tempatan di sini yang menjadi mangsa, semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 43 tahun itu dikenali sebagai Awie hanya menyedari 'power bank' miliknya yang diletakkan dalam beg terbakar sehingga menyebabkan seluarnya berlubang selepas seorang wanita menjerit ke arahnya.

Tambahnya, dia panik ketika itu menyatakan 'power bank' itu tidak meletup tetapi hanya keluar bunyi seperti bunga api. Dia juga memberitahu ketika kejadian dia tidak mengecas 'power bank' tersebut yang masih baru dan digunakan cuma sekali.

Trauma dengan kejadian itu, dia menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati menggunakan 'power bank'. Kejadian yang berlaku dalam masa lima saat itu turut menyebabkan kulit pada pahanya melecur, katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
 
 
Comments