Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Model Jadi 'Pokemon Master'

Gadis berusia 22 tahun itu berjaya mengatasi 5,000 permohonan jawatan kerja itu.

0
comments
Model Jadi 'Pokemon Master'
Ivy Lim akan mula bekerja pada bulan depan dan menguruskan satu acara Pokemon Go seminggu. (Gambar: Funzing Singapore)
Jika orang lain hanya menangkap pokemon secara suka-suka sambil membuang masa sebaliknya seorang gadis berusia 22 tahun melakukan aktiviti yang sama tetapi dibayar sebanyak S$1,000 (RM2,981).

Gadis bernama Ivy Lim itu berjaya mendapat jawatan sebagai 'Pokemon Master' selepas mengatasi 5,000 permohonan lain yang mahukan kerja tersebut. Difahamkan, sebuah syarikat iaitu Funzing Singapore mengiklankan jawatan itu menerusi Facebook yang berjaya menarik perhatian 1,000 pemohonan dari seluruh dunia dalam masa sehari.

Namun, gadis itu yang juga seorang model dan deejay dipilih untuk menganjurkan acara membabitkan Pokemon Go dan mengajar peserta sekurangnya dalam tempoh tiga bulan.

Laporan Yahoo Singapore menyatakan gadis itu akan mula bekerja pada bulan depan dan menguruskan satu acara seminggu. Apa yang memberi tarikan mengenai gadis itu, majikan barunya itu menyatakan dia mempunyai idea yang bagus untuk menganjurkan acara Pokemon Go selain banyak bermain permainan video termasuk meminati pokemon.
 
 
Comments