Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

LRT3 Dijangka Siap Pada Tahun 2020

Ia bakal dimanfaat pada 2 juta penduduk di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

0
comments
LRT3 Dijangka Siap Pada Tahun 2020
Pengguna LRT dan monorel Rapid KL akan menikmati diskaun sebanyak 50 peratus jika menggunakan perkhidmatan ini antara jam 6 sehingga 7 pagi bermula 16 September ini. (Gambar: najibrazak.com)
Wawasan 2020 yang menjadi hala tuju negara selama ini bakal mencipta satu lagi pencapaian untuk kemudahan rakyat apabila projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di bawah Dasar Transformasi Negara dijangka siap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kemudahan pengangkutan awam ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta penduduk di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

"Kerajaan sedar bahawa nadi pertumbuhan sesebuah negara adalah di bandar utamanya. Oleh sebab itulah kita letakkan projek utama seperti MRT dan LRT3 di kawasan bandar dan berkepadatan tinggi yang sekaligus akan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. 

"LRT3 akan mempunyai 26 buah stesen termasuk 25 stesen bertingkat dan satu stesen bawah tanah, meliputi kawasan sejauh 37 kilometer serta menghubungkan bandar di koridor Barat Lembah Klang, seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang. LRT3 dijangka akan menampung 74,000 pengguna sehari. 

"Pembinaan projek LRT3 ini dibangunkan secara konsep Rakan Pelaksana Projek serta akan menggunakan teknologi ‘U-Through’. Ia merupakan projek pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi seperti ini," katanya menerusi laman blognya, najibrazak.com, semalam.

Sementara itu, Najib juga mengumumkan pengguna LRT dan monorail Rapid KL akan menikmati diskaun sebanyak 50 peratus jika menggunakan perkhidmatan ini antara jam 6 sehingga 7 pagi bermula 16 September ini.

"Saya berharap agar kerja-kerja pembinaan yang dijadualkan bermula pada awal tahun 2017 bukan sahaja akan mengikut standard pembinaan bertaraf dunia malah juga standard keselamatan bertaraf dunia. Apabila siap kelak, LRT3 akan membentuk jaringan pengangkutan awam yang berintegrasi dengan rangkaian pengangkutan awam sedia ada seperti Mass Rapid Transit, KTM Komuter, Bus Rapid Transit serta laluan LRT aliran Kelana Jaya. 

"Dengan adanya LRT3, semoga usaha kita untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam selaras dengan Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater KL/Lembah Klang akan maju selangkah lagi dan Insya-Allah dapat memudahkan lagi pengangkutan rutin penduduk di kawasan Lembah Klang selain meningkatkan taraf sosio-ekonomi negara," katanya.

 
 
 
Comments