Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

'Surat Terbuka' Lin Dan Hanya Rekaan

Datuk Lee Chong Wei bersama kontijen negara disambut meriah ketika tiba di KLIA, semalam.

0
comments
'Surat Terbuka' Lin Dan Hanya Rekaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyambut kepulangan 32 atlet kontijen negara pada sukan Olimpik Rio 2016 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. (Gambar: Najib Razak - Facebook)
Tanda tanya ramai peminat badminton dunia terhadap 'surat terbuka' yang kononnya ditulis pemain China, Lin Dan kepada jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini terjawab apabila ia sebenarnya hanya rekaan wartawan negara itu.

Chong Wei yang tiba bersama kontijen negara pada sukan Olimpik Rio 2016 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, turut menjelaskan dia tidak terima sebarang surat rakan lawannya itu sejurus mereka tamat perlawanan separuh akhir pada kejohanan sukan dunia itu, seperti dilaporkan Harian Metro.

Surat berkenaan seolah menyatakan luahan hati Lin Dan selepas tewas pada Chong Wei menjadi viral di
media sosial menyatakan mereka adalah pesaing hebat seperti mana pemain bola sepak dunia Christiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi status di Facebooknya semalam mengumumkan ganjaran tambahan sebanyak RM200,000 daripada kerajaan kepada atlet negara yang membawa pulang pingat perak dan gangsa.

Sebelum ini, menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) bagi sukan Olimpik, pemenang pingat emas diberi ganjaran sebanyak RM1 juta bersama pencen bulanan, RM5,000, pingat perak pula menerima RM600,000 beserta pencen bulanan, RM3,000 manakala gangsa, RM100,000 dan pencen bulanan, RM2,000.

 
 
 
Comments



Back to top