Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Lelaki Ini Akan Menarik Tayar Seberat 30kg Demi Malaysia

Perjalanan dari Bangi ke Taiping sejauh 322km bakal ditempuh.

0
comments
Lelaki Ini Akan Menarik Tayar Seberat 30kg Demi Malaysia
Gambar: Astro Awani
Seorang pendaki solo, Khairil Aslan Ab Rasid bakal memberikan sebuah hadiah bermakna pada negara bersempena bulan kebangsaan ini.

Dia akan memulakan misi menarik tayar dengan bebanan 30kg sejauh 322km dari Bangi ke Dataran Warisan Taiping, Perak bermula esok dan dijangka menamatkan perjalanannya pada malam Hari Kebangsaan 2016.

27khairil-transformed.jpg
Gambar: Berita Harian

Menganggarkan akan menempuh perjalanan sejauh 70 hingga 80km sehari ini adalah sebahagian daripada latihan bagi memenuhi misi paling besar iaitu menjadi Muslim pertama dunia dan pendaki kedua dunia melengkapkan misi Grand Slam.

Memetik laporan Astro Awani, dia akan mengharungi cabaran ini tidak mengira panas atau hujan dan akan berhadapan dengan keadaan cuaca berjerebu serta permukaan jalan tidak rata.

Tahun lepas Khairil membuktikan dia cemerlang menawan tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Maru, Lobuche dan Island di Kathmandu, Nepal dalam masa sebulan.

image-(1).jpg
Gambar: Sinar Harian

Bersama-sama kita memberikan sokongan terhadap Khairil untuk menamatkan misi yang dikatakan gila ini. Namun bagi Khairil, ini adalah tanda dia sayangkan negara dan sumbangannya sempena kemerdekaan Malaysia.
 
 
Comments



Back to top