Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Derma RM28 Juta, Wang Tidak Pernah Menjadi Pertikaian

Wang penyelesaian penceraian semuanya diberikan kepada yang memerlukan

0
comments
Derma RM28 Juta, Wang Tidak Pernah Menjadi Pertikaian
Di saat masih bahagia (Kredit Gambar: itv.com)
Pelakon, Amber Heard mendermakan wang penyelesaian perceraian  bernilai USD7 juta atau RM28 juta yang diterima daripada bekas suaminya, Johnny Depp kepada badan kebajikan untuk wanita teraniaya serta sebuah hospital kanak-kanak. 

Separuh disumbangkan kepada pertubuhan yang memberi fokus terhadap kesedaran keganasan terhadap wanita,  American Civil Liberties Union manakala selebihnya kepada Hospital Kanak-Kanak Los Angeles.

Sejak 10 tahun lalu model berusia 33 tahun itu menjalankan tugas sukarelawan di pusat perubatan berkenaan sekali gus menegaskan percaya wang berkenaan digunakan untuk tujuan kebaikan.

"Seperti yang dinyatakan dalam penyelesaian perceraian, wang tidak menjadi pertikaian dan saya tidak pernah berhasrat untuk menerima sebarang ganjaran. "Bagaimanapun wang yang saya peroleh diharap dapat membantu pihak yang lebih memerlukan.

Johnny Depp dituduh memukul bekas isterinya, Amber Heard (Kredit Gambar: cosmopolitan.co.uk)

"Jumlah yang saya dermakan itu adalah yang terbesar pernah saya lakukan. Saya akan terus menghulurkan membantu pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan media.

Selepas 15 bulan bergelar suami isteri, perkahwinan pasangan sensasi terbabit dikatakan goyah terutama aktor berkenaan dikatakan melakukan penderaan domestik terhadap Amber.

Namun ramai tidak mempercayai dakwaan wanita itu termasuk anak Johnny, Lily-Rose Melody dan bekas isterinya dulu, Vanessa Paradis walaupun Amber tampil bersama perakuan doktor serta laporan polis.

Terbaru, sebelum menyelesaikan perceraian mereka di mahkamah pada minggu lalu muncul satu video yang menunjukkan bintang Pirates of the Caribbean itu mengamuk dengan mencampak gelas dan mencaci Amber dalam bahasa kesat.
 
 
Comments



Back to top