Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Ganjaran RM4 Juta Menanti Atlit Olimpik Malaysia

Ini termasuklah wang tunai, rumah, Proton Suprima dan kerusi urut.

0
comments
Ganjaran RM4 Juta Menanti Atlit Olimpik Malaysia
Gambar: Reuters
Masih belum move on dengan kisah Olimpik, ganjaran besar sedia menanti setiap atlit yang telah mengharumkan nama Malaysia ketika di Sukan Olimpik Rio 2016. Diatas kemenangan empat perak dan satu gangsa, atlit-atlit ini dijangka menerima habuan wang tunai lebih RM4 juta dan insentif-insentif lain.

Senarai teratas penerima menyaksikan pasangan beregu badminton lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, yang akan menerima RM300,000 di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM375,000 di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dengan kedua-duanya akan dikongsi. Mereka juga akan menerima sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium bernilai RM79,900, sebuah rumah di LakePark Residence tajaan JL99 Group dan sebuah kerusi urut Osim uDiva Classic bernilai RM7,988. Secara keseluruhan, masing-masing akan menerima RM1.85 juta setiap seorang.

Pemain perseorangan yang meraih pingat perak, Datuk Lee Chong Wei akan menerima ganjaran berjumlah RM637,888, meliputi RM300,000 daripada MSN, RM250,000 daripada BAM dan sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan sebuah kerusi urut Osim uDiva Classic.

image.jpg
Gambar:Sinar Harian
Pasangan regu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, yang juga meraih pinggat perak turut menerima ganjaran wang tunai yang sama sebagaimana yang diterima pasangan beregu lelaki daripada MSN dan BAM. Ia merupakan tambahan kepada RM50,000 daripada kerajaan Melaka, RM60,000 daripada pengendali rangkaian mudah alih maya, XOX Bhd dan sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan sebuah kerusi urut Osim uDiva Classic, setiap seorang. Secara individu, Chan akan turut menerima RM100,000 daripada kerajaan Pulau Pinang dan RM50,000 daripada pengasas Hunza Group, Datuk Seri Khor Teng Tong. Goh turut menerima RM25,000 daripada kerajaan Pulau Pinang, menjadikan jumlah keseluruhan bagi pasangan itu sebanyak RM1.135 juta.

pandelela.jpg
Gambar: The Star
Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang memperoleh pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, menerima wang tunai RM475,776 dan ganjaran-ganjaran lain.

Bagi pingat gangsa dalam acara keirin lelaki, “Pocket Rocket Man”, Azizulhasni Awang akan mendapat ganjaran keseluruhan berjumlah RM265,506 - RM100,000 daripada MSN, RM100,000 daripada Yayasan Sime Darby, sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Premium dan peranti urut Osim uCaress 3D bernilai RM988, berserta pengurut kaki Osim uPhoria Warm bernilai RM2,488.

Kesemua penerima pingat Olimpik juga akan menerima insentif dan pencen seumur hidup yang mana ia akan bermula serta-merta. Menurut laman web MSN, penerima pingat emas akan menerima elaun bulanan RM5,000 seumur hidup mereka, manakala penerima pingat perak menerima RM3,000 setiap bulan. Bagi mereka yang meraih pingat gangsa pula akan menerima insentif bulanan RM2,000.

Sumber: Mstar
 
 
Comments



Back to top