Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Lelaki Ini Berjaya Tangkap Semua Pokemon Dalam Masa 10 Hari

Namun dia didakwa menipu.

0
comments
Lelaki Ini Berjaya Tangkap Semua Pokemon Dalam Masa 10 Hari
Gambar: The Straits Times
Setelah 10 hari bermain permainan Pokemon GO, nampaknya seorang warga Singapura, Terence Ho mendakwa telah berjaya menangkap kesemua 145 watak Pokemon tersebut.

Menerusi laporan Astro Awani, isu mula timbul apabila Ho didakwa tidak memgunakan cara yang betul untuk menangkap kesemua watak Pokemon tersebut.

Mula dilancarkan di Asia Tenggara hampir tiga minggu yang lalu, peraturan kebiasaan pemain adalah mereka perlu pergi ke sekian tempat jika mahu menangkap sesuatu watak Pokemon. Tidak semua Pokemon akan berada di tempat-tempat tertentu.

Bagi Ho, dia dikatakan telah meminta rakannya yang menemui mana-mana watak Pokemon untuk menangkapnya, menggunakan akaun miliknya.

kangaskhan-pokemon-go.png
Gambar: www.pokego.org

Menerusi cara inilah dia berjaya mendapatkan watak pokemon Kangaskhan, yang hanya boleh didapati di Australia dan New Zealand.

Menerusi temubual dengan The Straits Times, Ho berkata ini bukanlah satu penipuan malah ia adalah kreatif. Ho juga berkata melalui cara ini, dia bukan sahaja dapat menangkap semua Pokemon tetapi dapat menjalin persahabatan.
 
 
Comments



Back to top