Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Dato' Shake Pengetua Akademi Fantasia 2016

Diperhebatkan dengan lima tenaga pengajar.

0
comments
Dato' Shake Pengetua Akademi Fantasia 2016
Gambar: www.wanista.com
Dato' Shake telah diumumkan sebagai pengetua Akademi Fantasia 2016 yang telah membuka tirai dengan konsert minggu pertamanya semalam.
 
Konsert setiap Ahad ini diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut memperkenal dua pengkritik tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal.

af-001.jpg

Akademi Fantasia 2016 juga turut diperhebatkan dengan lima tenaga pengajar yang berpengalaman dan mereka adalah Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi), Shahrolbahri (Guru Vokal), Mas Idayu (Guru Persembahan Vokal) dan Ellie Suriaty Omar (Guru Seni Persembahan).

Sementara itu, Zizan Razak kekal menggalas tugas sebagai pengacara konsert AF2016 dan digandingkan bersama dengan Alif Satar. Hos program HLive!, Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal pula diberi mandat sebagai pengacara Diari AF2016.

Konsert malam tadi menyaksikan 14 pelajar telah membuat persembahan pertama mereka. Mereka adalah Kareshma Martin John Patrick, 18, Jasper James Supayah, 23, Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26, Siti Aishah Abdul Razak, 20, Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hafizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.

Anda boleh menonton mereka setiap hari menerusi Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6.30 petang manakala konsert mingguan pula disiarkan secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 
 
 
Comments