Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Dua Guru Maut Bot Karam Di Pulau Mantanani, Sabah

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

0
comments
Dua Guru Maut Bot Karam Di Pulau Mantanani, Sabah
Gambar: sayangsabah.com
Dua orang guru mati lemas dalam insiden bot karam yang dinaiki 10 individu ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah semalam.

2-guru-maut-bot-karam-di-Kota-Belud-e1471791088522-(1).jpg
Gambar: Twitter JBPM
Kejadian pukul 3.35 petang semalam mengorbankan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud dan seorang lagi guru di sekolah yang sama, Kamariah Hamdan.

Bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.45 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian.

lemas-transformed_13.jpg
Gambar: Berita Harian
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sementara lapan lagi sedang dirawat di Hospital Kota Belud.

Operasi menyelamat tamat pada pukul 7.25 malam.

Sumber: Bernama
 
 
Comments