Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Bila Ada Mata Lain Yang Memerhati Skrin Telefon!

Bebaskan diri daripada pandangan mereka

0
comments
Bila Ada Mata Lain Yang Memerhati Skrin Telefon!
Menurut Dr. Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, tahap pengetahuan pengguna Internet di Malaysia mengenai keselamatan siber masih berada di tahap rendah. Kenyataan ini dibuat berasaskan laporan-laporan insiden keselamatan siber dari masa ke semasa yang dilaporkan oleh pengguna Internet kepada pihak berkuasa termasuk ke Pusat Bantuan Cyber999, CyberSecurity Malaysia.  Terbaharu seperti yang dilaporkan akhbar, penggunaan wifi di tempat awam adalah kurang selamat kerana pengguna berpotensi untuk menjadi mangsa penggodam.


 
Gambar Dr. Amirudin Abdul Wahab: Digitalnewsasia.com

Wifi merupakan teknologi popular yang membolehkan peranti atau peralatan digital seperti laptop, notebook, smartphones dan tablets mengakses Internet atau bertukar data serta maklumat secara tanpa wayar (wireless). Pengguna yang menggunakan wifi awam secara percuma perlu berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa ancaman siber kerana maklumat anda boleh diakses dengan mudah. Begitu juga data Internet dan aplikasi seperti emel, laman media sosial dan browsing boleh diakses untuk mendapatkan maklumat.


 
Gambar: www.business-it.co.za

Ingat! Menggunakan WiFi awam untuk melakukan transaksi atas talian adalah tidak selamat. Gunakan wifi peribadi anda untuk tujuan itu!
 
Terdapat beberapa cara yang sering digunakan penggodam bagi mengelirukan pengguna dan melakukan aktiviti berniat jahat terhadap pengguna  wifi di tempat awam. Namun amat sukar bagi pengguna untuk mengetahui sama ada data mereka sedang atau telah digodam. 
  1. The Middle Attack dan Packet Sniffing: Melalui cara ini penggodam mampu melihat data-data yang dihantar pengguna melalui sambungan internet wifi di tempat awam.
  2. Rogue Acces Point: Cara ini turut digunakan penggodam di mana satu wifi yang kononnya merupakan wifi tempat awam seperti airport dicipta bagi memanipulasi pengguna untuk melakukan sambungan. Hakikatnya, wifi tersebut dicipta oleh penggodam untuk melihat data pengguna.
 Wifi peribadi turut berpotensi untuk digodam sekiranya mempunyai kata laluan yang lemah. Penting untuk pemilik Wifi membina kata laluan yang kukuh demi menjaga keselamatan wifi serta maklumat peribadi mereka. Begitu juga dengan penggunaan wifi di bilik hotel yang  umumnya adalah selamat kerana mempunyai kata laluan berbeza kepada setiap tetamu yang menginap di hotel tersebut.

Tidak kira sejauh mana hebatnya anda dengan teknologi, sentiasa pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya. Usah lawati laman-laman seperti perbankan online dan akaun-akaun yang memerlukan username dan password menggunakan wifi awam. Pastikan gajet anda dilengkapi Virtual Private Network. Kami senaraikan tujuh langkah lain yang perlu diambil berat.


 
 
 
Comments