Rojak Daily Logo

Tudung Neelofa Terjual RM1.3 juta Dalam Masa Tiga Minit

0
comments
Tudung Neelofa Terjual RM1.3 juta Dalam Masa Tiga Minit
Antara koleksi Naelofar Hijab. (Gambar: Pinterest)

Pelakon dan pengacara MeleTOP, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, mendedahkan tudung jenamanya, Naelofar Hijab, telah meraih RM1.3 juta dalam masa tiga minit.

Gambar: Beautiful Nara

Neelofa berkata jualan paling tinggi adalah melalui stokis dan setiap kali tempahan dibuka, dalam masa satu hingga lima minit, tudung-tudung tersebut akan habis dibeli. Menurut Neelofa lagi, mereka tidak membuka tempahan untuk rekaan yang banyak iaitu kebiasaanya dalam satu atau tiga rekaan sahaja. “Kadang-kadang jualan itu boleh mencecah RM1.2 hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja. Melihat hasil jualan tersebut, kami dah boleh nampak kepercayaan yang diberikan oleh stokis dan juga pelanggan kami terhadap Naelofar Hijab dari segi kualiti dan harga yang ditawarkan,” katanya.

Gambar: Zalora

Tambah Neelofa lagi, setakat ini mereka mempunyai lebih 400 stokis di dalam dan luar negara termasuklah Singapura, Amerika Syarikat dan Australia serta jenamanya itu akan diperluaskan lagi dengan menembusi pasaran negara Turki dan juga London pada penghujung Jun ini. Pelanggan di luar negara tidak biasa melihat tudung berhias manik dan mereka hanya pakai tudung kosong yang perlu dililit dan banyak pin sahaja.

Gambar: Zalora

"Ternyata rezeki memihak kepada kami, Naelofar Hijab adalah satu-satunya produk instant shawl dari Malaysia dan sebanyak 10 hingga 15 koleksi baru kami akan dipasarkan di London pada hujung bulan depan dengan kerjasama syarikat online, Haute Elan." ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa turut berkongsi yang dia bakal muncul dengan wangian jenama sendiri, Neelofa.

Sumber: Astro Gempak

 
 
Comments