CLOSE
CLOSE

Pulau Pinang Bakal Caj 50 Sen Untuk Setiap Pengunaan Beg Plastik

Daripada 20 sen kepada 50 sen.


  • Share:

Pulau Pinang Bakal Caj 50 Sen Untuk Setiap Pengunaan Beg Plastik
Channel News Asia

Katakan tidak pada beg plastik dan straw.


Sebagai satu langkah menjaga alam sekitar, kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menimbang untuk menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen seunit.

 

Dengan kadar 20 sen seunit sekarang, ia didapati kurang berkesan dalam membendung penduduk di pulau itu dalam mengurangkan pengunaan beg plastik.

 Plastik beri kesan buruk pada bumi.

Walau bagaimanapun, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.

 

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh di Bernama, mungkin pengguna di negeri ini yang merasakan caj 20 sen ini terlalu murah dan tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik jadi kita kaji untuk menaikkan caj ini.

 

Selain Pulau Pinang, selangor dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur antara negeri yang mengecaj 20 sen untuk setiap penggunaan beg plastik.

 Jadilah pengguna yang bijak.

Tips untuk anda yang mahu menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik, bawalah beg sendiri apabila ke pasaraya ataupun letaklah barangan di dalam troli hingga sampai ke parkir kereta.

 

Jika bukan kerana anda, siapa lagi yang mampu mengubahnya?

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top