CLOSE
CLOSE

Bumbung Rumah Punca Kanser Paru-Paru? Ini Penjelasannya

Jangan biarkan ia pecah atau retak!


  • Share:

Bumbung Rumah Punca Kanser Paru-Paru? Ini Penjelasannya
Terkejut bukan? Tetapi itulah hakikat yang didedahkan laman Facebook Public Health Malaysia ini. (Pendedahan turut dikongsi oleh laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia)

Isu ini tidaklah baru, namun ia kurang didedahkan di media sosial. Mengikut kenyataan laman itu, kebanyakan rumah dan kilang dahulunya memang menggunakan atap ini kerana ianya murah dan sejuk. 

Bagaimanapun selepas asbestos diketahui penyebab kanser mesothelioma, ianya telah kurang digunakan dan dihasilkan. Malah ada negara telah mengharamkan penggunaannya, namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru.

Sila pantau keadaan bumbung rumah anda.
Bukan hanya di kawasan rumah, malah jenis bahan ini sering kita lihat bersepah di i tepi jalan, tempat pembuangan sampah, dan kadang-kadang di taman permainan kanak-kanak.

Menurut kenyataan itu, jika atap ini tidak diusik, risiko untuk dapat cancer sangat rendah. Namun jika ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos, anda berisiko tinggi untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.

Lebih membimbangkan, sebutir debunya saja sudah cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.


Pencegahan?

  • Pastikan bumbung tidak retak, pecah.
  • Jika pecah pastikan proses membaik pulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
  • Hubungi pihak berkuasa temptan anda dengan segera untuk proses pelupusan. Jangan bakar dan jangan tanam atau lupus sendiri.
  • Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.
  • Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.

Sumber: Public Health Malaysia

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top