CLOSE
CLOSE

Tahniah! Bermula Hari Ini Penjawat Awam Sudah Boleh Kerja Secara Fleksibel!

Boleh adjust masa bekerja.


  • Share:

Tahniah! Bermula Hari Ini Penjawat Awam Sudah Boleh Kerja Secara Fleksibel!

Tahniah semua!


Bagi anda yang berkerja di sektor kerajaan, maka hari ini (1 Mac) merupakan berita baik buat anda. Ini kerana semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara bekerja mengikut masa fleksibel.

Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka bagi menyeimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga.

Difahamkan, waktu kerja fleksibel akan diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta semua jabatan persekutuan di Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak mulai Jumaat ini.

Menurut  Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Borhan Dolah menerusi Astro Awani, pekerja boleh tiba di tempat kerja dan pulang dalam tempoh masa tertentu, selagi tempoh waktu bekerja untuk satu hari itu telah dipenuhi.

Jelasnya, waktu kerja fleksibel hanya terpakai untuk pekerja yang mengikut waktu pejabat, dan tidak termasuk pekerja di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.

Bagaimana pula jabatan yang berkaitan kaunter perkhidmatan?

Beliau menegaskan,ketua jabatan haruslah memastikan operasi kaunter tidak terjejas apabila melaksanakan waktu kerja fleksibel.

"Ketua jabatan harus mempunyai prerogatif untuk mengarahkan kakitangan datang ke pejabat pada waktu yang diperlukan.Wanita hamil dan suami mereka dibenarkan untuk pulang sejam lebih awal seperti yang diamalkan dalam skim waktu kerja sebelum ini," katanya.

Jadi, bagi anda yang berkerja di sektor kerajaan adakah anda gembira dengan pelaksanaan ini? Bagaimanapula pendapat pekerja sektor swasta? 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top