CLOSE
CLOSE

Rakyat Malaysia, Tangguh Sebentar Perjalanan Anda Ke India

Pakistan menutup ruang udaranya.


  • Share:

Rakyat Malaysia, Tangguh Sebentar Perjalanan Anda Ke India
Reuters dan Bangalore Aviation

Tangguh sehingga keadaan selamat.


Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan tidak perlu khususnya ke kawasan yang terkesan secara langsung dengan konflik yang melanda India dan Pakistan.

Konflik Pakistan dan India.

Menurut mereka lagi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Islamabad akan terus memantau situasi serta berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan perkembangan terkini.

 

Ketegangan ini tercetus berikutan Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara, Kashmir.

 Ketegangan di sempadan.

Rakyat Malaysia yang akan berkunjung ke India boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia sama ada di New Delhi atau Islamabad untuk pertanyaan lanjut.

 

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia juga telah mengeluarkan amaran perjalanan membabitkan destinasi di Utara India selepas ketegangan antara India dan Pakistan memuncak.

 AirAsia India.

Menerusi satu entri di Twitter rasmi @AirAsia, "Kami sedang memantau keadaan di Utara India dan sebarang impak ke atas perkhidmatan kami di Amritsar dan Srinagar.

 

Pelanggan disarankan untuk memantau status penerbangan mereka di sini untuk sebarang kemas kini.

 Ruang udara Pakistan kosong.

Selain AirAsia, ada beberapa syarikat penerbangan yang menangguhkan dan menghentikan penerbangan mereka.

1. Indian Airlines

Menghentikan penerbangan ke Amritsar, Chandigarh, Dehradum, Jammu, Leh dan Srinagar.

2. Thai Airways

Menghentikan penerbangan dari dan ke Eropah antaranya London, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Franfurk dan Rom selepas Pakistan menutup ruang udaranya.

3. Emirates dan Qatar

Mengantung penerbangan ke Pakistan.

4. Singapore Airlines dan British Airways

Menukar laluan mereka untuk menghala ke Eropah.

 

Kali terakhir Pakistan dan India berperang singkat adalah pada 1999 di kawasan Himalaya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top