CLOSE
CLOSE

Sempoi Habis! Pengantin ini Guna Brokoli Dan Lego Je Waktu Akad Nikah

Tak perlu mahal-mahal guys!


  • Share:

Sempoi Habis! Pengantin ini Guna Brokoli Dan Lego Je Waktu Akad Nikah
Rajanazrin

Sporting dua-dua!


Agak-agaknya apa gaya pengantin paling cool anda pernah lihat? Namun rasanya semua untuk menghasilkan gaya yang serba hebat itu memerlukan kos yang tinggi bukan.

Bagi pasangan yang mula viral ini, kos bukanlah keutamaan sebaliknya hanya hiasan ringkas saja diperlukan.

Cool teruk!
Paling epik adalah hiasan sayur brokoli bagi menggantikan bunga. Hanya ditambah manik saja untuk mencantikkan lagi brokoli terbabit.

Bak kata, jurugambar mereka, silap-silap lepas habis kenduri terus buat masak paprik.

Pengantin lelaki pula tidak kurangnya, menggunakan lego-lego yang comel untuk dijadikan butang baju melayu. 


Apapun, keberanian mereka memang harus dipuji. Tidak perlu memikirkan apa orang ramai nak fikir, janji majlis itu berjalan dengan lancar. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top