CLOSE
CLOSE

Penganjuran Ke-10, Apa Yang Baru Tentang Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Tahun Ini?

Negara luar turut sama serta.


  • Share:

Penganjuran Ke-10, Apa Yang Baru Tentang Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Tahun Ini?

Belon panas kembali!


Sedar tak sedar, penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya sudah memasuki kali ke 10 dan kali ini ia akan diadakan pada 28 hingga 31 Mac.

Jadi apa yang akan dijanjikan tahun ini? Apa keunikannya?

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim, sebanyak 20 belon udara panas akan diterbangkan kali ini dan ia akan dikendalikan oleh juruterbang antarabangsa dari 14 negara.

Banyak reka bentuk baru tahun ini.
Antara reka bentuk belon yang akan dinikmati pengunjung kali ini termasuklah reka bentuk badut, sotong, robot dan gajah. Yup guys gajah!

Selain itu, tahun ini juga menyaksikan penampilan belon Iglu yang direka menggunakan bahan kitar semula seperti belon udara panas terpakai yang membentuk struktur iglu. Paling penting ia bercahaya!

Belon Iglu ini akan diletakkan di zon merah jambu tapak pelancaran belon udara panas di Presint 2, 7 petang hingga 10 malam.

Malah, pengunjung akan menyaksikan kembali acara ‘night glow’ iaitu belon udara panas akan dinyalakan secara serentak mengikut iringan muzik serta pertunjukan bunga api.

Antara keunikan malam.
Antara negara turut serta dalam acara ini juga adalah dari Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.

So guys, jangan lupa ke Putrajaya 28 hingga 21 Mac ini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top