CLOSE
CLOSE

Adakah Kita Betul-Betul Perlukan 4-5 Kamera? Anda Tentukan Sendiri

Galaxy A9 Pertama Di Dunia


  • Share:

Adakah Kita Betul-Betul Perlukan 4-5 Kamera? Anda Tentukan Sendiri
Sammobile

Satu atau perlu empat kamera?


Masih teringat lagi saya sebuah jenama mengeluarkan dwi kamera untuk keupayaan 3D yang pertama. Boleh dikatakan selepas itu, tiada lagi pengeluar menghasilkan kamera lebih daripada dua.

Namun segalanya berubah apabila kehendak pengguna yang mahukan kualiti telefon mereka setanding dengan DSLR. Jika dilihat dari segi lensa, agak mustahil untuk mendapat kualiti sedemikian rupa kerana telefon pintar hanya bersaiz kecil dan seharusnya lebih kompak dari kamera professional.

Persoalannya adakah pengguna benar-benar memerlukan lensa kamera lebih daripada dua? Saya berkesempatan menggunakan Galaxy A9 yang menjadi peranti pertama dunia dilengkapi empat kamera. 

Maka saya cuba untuk mengambil beberapa gambar di sekitar Kuala Lumpur.



Lensa utama 24MP F1.7
Lensa ultra lebar 8MP F2.4
Lensa telefoto 10MP F2.4
Lensa kedalaman untuk kesan bokeh 5MP F2.2

Hasilnya? Anda boleh lihat di bawah.​

Lensa utama
Lensa zum
Lensa Wide

Lensa utama
Lensa Zum
Rojak Daily
Lensa utama
Lensa zum
Lensa Wide

BOKEH?


Bagaimana pendapat anda tentang gambar-gambar diambil menggunakan Galaxy A9 ini?

Secara keseluruhannya, gambar di atas tidak cukup untuk menggambarkan kualiti penuh daripada Samsung. Gambarnya baik, warna dan ketajaman juga bagus seperti mana dilakukan Galaxy A7 yang pernah saya ulas sebelum ini.

Namun disebabkan model ini bukan flagship dan hanya sekadar model pertengahan, maka kualitinya dibina bagi kategori berkenaan. Walaubagaimanapun bagi saya tiada masalah untuk mana-mana pengeluar menghasilkan kamera lebih daripada satu.

Seperti mana dilakukan Galaxy A9 ini, setiap kamera bukan sekadar gimik sebaliknya mempunyai peranan masing-masing. Paling saya suka ada gambar wide yang amat bagus untuk mengambil gambar secara keseluruhan. Overall, 4 kamera pada Galaxy A9 di tahap memuaskan.

Prestasi?


Peranti ini dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 660 dan padanan memori sebesar 6GB RAM. Bateri pula sebesar 3800mAh. Secara keseluruhannya bateri berada di tahap baik sekitar 4-5 jam Screen On Time (SOT) manakala prestasi juga baik apabila menggunakannya untuk permainan dan video. 

Cuma jangan bandingkan ia dengan model flagship lain ya. Secara keseluruhan saya beri 3.5/5 bagi Galaxy A9 ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di sini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top