Rojak Daily Logo

Dari Gadis Gempal Menjadi Ratu Cantik

0
comments
Dari Gadis Gempal Menjadi Ratu Cantik
Satu transformasi positif menjadi inspirasi. (Gambar: Instagram@officialjoannaj)

Joanna Joseph, gadis biasa yang berusia 19 tahun dari Klang. Seorang pelajar jurusan TESL di MSU, Shah Alam. Satu perkara yang membezakannya dengan gadis lain selain berjaya meraih gelaran Miss Selangor Earth 2016 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam Ahad lalu, dia pernah melalui fasa gelap yang semakin jauh ditinggalkan.

Transformasi luar biasa (Gambar: Facebook @Miss Selangor Earth 2016)

Zaman sekolah diibaratkan seperti neraka dunia kerana dia menjadi mangsa buli rakan-rakan hampir setiap hari kerana bertubuh gempal dan hodoh pada pandangan mata mereka. Begitu juga saudara mara yang tidak putus-putus mencemuh. Empat tahun lamanya dia memendam rasa sehinggalah dia nekad untuk berubah ketika berusia 16 tahun. “Saya mulai sedar dan nekad untuk berubah sepaya tidak terus-terusan menjadi mengsa buli. Hanya bapa dan Justin menjadi tulang belakang dan pemberi motivasi agar saya terus bersemangat untuk berubah,” ujar 'kipas susah mati' Justin Bieber ini.

 

Buying my first bikini today. Super excited. #missselangorearthqueen #nowtoconquermalaysia

A photo posted by Joanna Joseph (@officialjoannaj) on

“Siapa kata senang? Tiada apa yang senang dalam dunia. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa jua yang diingini. Saya korbankan banyak perkara dan mula menukar gaya hidup. Paling manis bila pengorbanan ini mula memperlihatkan perubahan positif.” Kisah motivasi Joanna dari seorang yang berbadan besar menjadi langsing bahkan seorang model dikongsi laman Facebook Miss Selangor Earth 2016 dan mendapat banyak perkongsian.

 

Siapa yang tidak ingin menjadi cantik, mempunyai ramai peminat dan sering menjadi tumpuan. Sungguhpun hari ini semua itu telah dirasai Miss Selangor Earth 2016, Joanna Joseph, tetapi perjalanannya untuk berada di tempatnya hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tiada jalan pintas untuk mencapainya. “Saya tidak mengambil jalan pintas dengan menyekat selera makan atau mengambil pil kurus. Saya tidak akan mengulangi kesilapan ibu yang mengikat perut dan menelan pelbagai jenis pil kurus semata-mata untuk tampil langsing. Saya tidak akan jadi seperti ibu,” tambahnya lagi.

 

Last one for the day. 🙈

A photo posted by Joanna Joseph (@officialjoannaj) on

 

Rahsianya hanya bersenam di gimnasium, makan makanan sihat dan teruskan usaha walau ada ketikanya tidak hampir putus asa. “Jika saya mampu melakukannya, mengapa tidak anda? Tanamkan azam dan perbaiki mind set. Buktikan pada setiap mulut jahat yang mengeji, biarkan mereka jilat balik setiap kata-kata jahat dan kejian yang keluar daripada mulut mereka hari ini.”

Kisah inspirasi ini mendapat ribuan perkongsian. Ada juga yang meminta tip-tip senaman dan makanan yang diamalkan oleh Joanna di ruang komen. “Siapa kata gemuk tidak cantik? Paling penting tampil dengan penuh keyakinan dan pedulikan mulut-mulut jahat yang seolah-olah tiada perkara baik untuk diperkatakan.” Tahniah Double J.

 
 
Comments