CLOSE
CLOSE

[FOTO] Tandas Awam Rantau Abang Dipilih Tandas Terbaik ASEAN

Lima tandas di Malaysia menang tandas terbaik.


  • Share:

[FOTO] Tandas Awam Rantau Abang Dipilih Tandas Terbaik ASEAN
Foto: FB Majlis Perbandaran Dungun

Tandas awam di Rantau Abang telah diiktiraf sebagai salah satu tandas terbaik dalam kategori ASEAN Public Toilet Standard 2019-2021 sempena ASEAN Tourism Forum 2019 yang diadakan di Ha Long City, Vietnam, Jumaat lalu.

 

Tandas awam yang terletak di sebelah Pusat Konseversi dan Penerangan Penyu Rantau Abang itu bersaing dengan 15 tandas awam lain dari seluruh Malaysia yang tercalon untuk penganugerahan itu.

  Tandas awam Rantau Abang.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi yang menyaksikan ia menjadi salah satu daripada lima tandas dari Malaysia yang turut terpilih dalam kategori tersebut.

 

Tandas lain yang terpilih ialah tandas awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tandas awam restoran Foh San dari Perak, tandas Masjid Cina Melaka, dan tandas awam Plaza Merdeka, Sarawak.

  Fadli ketika menerima anugerah daripada Datuk Mohamaddin.

Menurut penjaga tandas tersebut, "Saya terkejut dan tidak menyangka tandas ini diiktiraf sehingga ke peringkat ASEAN. Saya jaga tandas ini seperti rumah sendiri dan sepanjang 365 hari saya akan pastikan tandas ini dibuka serta dalam keadaan bersih dan segar,” kata Faridah Sariman, 46, kepada Berita Harian.

 

Dia dan suaminya,  Zainuddin Mat Ali, 44, membersihkan tandas tersebut tiga kali setiap hari.

  Bersih dan wangi.

Faridah tidak menggunakan sebarang pewangi di dalam tandas sebaliknya kaedah tradisional bagi menghilangkan bau, iaitu daun pandan serta bunga rampai yang diletakkan di dalam tandas.

 

Selain anugerah tandas terbaik ini, tandas ini juga pernah mendapat pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan seperti Anugerah Perak bagi kategori tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (Bandaraya/Perbandaran) oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan.

Tandas terbaik.   Daun pandan sebagai pewangi.   Bayaran masuk RM0.30.   Tempat duduk juga disediakan.   Halaman luar tandas awam.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top