CLOSE
CLOSE

[UPDATE] Sultan Pahang Dilantik Agong Baharu

Sultan Perak sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.


  • Share:

[UPDATE] Sultan Pahang Dilantik Agong Baharu

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

YDP Agong ke-16.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

 

Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Majlis Raja-Raja bersidang.  

Mesyuarat khas pemilihan itu bagaimanapun tidak dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

 

Proses memilih Yang di-Pertuan Agong ini bukanlah sesuatu yang mudah malah ia dibuat penuh teliti dan ketertiban.

 

Bagaimanakah proses pemilihan ini berlangsung? Berikut adalah tatacara yang ditetapkan dalam proses pengundian Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kertas undi pemilihan YDPA.
  1. Urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh kekosongan itu.
  2. Hanya sembilan Raja-Raja sahaja yang layak memilih dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, hanya Raja yang paling kanan dicalonkan dalam pengundian berkenaan.
  3. Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja.
  4. Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditanda dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi. Kertas undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan diumumkan.
  5. Setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan tersebut sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
  6. Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda.
  7. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.
  8. Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.
  9. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
 


Sumber: Kosmo, Sinar Harian dan Astro Awani

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top