Rojak Daily Logo

Jose Mourinho Sah Pengurus Baharu Manchester United

0
comments
Jose Mourinho Sah Pengurus Baharu Manchester United
Hello, pengurus baru. (Gambar: Sky Sports)

Pasukan Manchester United bakal mendapat pengurus baharu apabila Jose Mourinho bersetuju dengan syarat-syarat bersama Manchester United dan dilaporkan telah menandatangani kontrak awal hari ini.

Gambar: Sky Sports
 
Berdasarkan laporan Sky Sports, pengurus yang berusia 53 tahun ini telah menandatangani kontrak sebagai pengurus baharu yang bernilai 45 juta pound (RM270 juta) selama tiga tahun bagi menggantikan pengurus lama, Louis van Gaal.

Semalam, Mourinho dilihat meninggalkan rumahnya di London pada jam 2.50 petang ke sebuah hotel di pusat bandar dan mengakhiri perbincangan untuk bersetuju menjadi bos baharu di Old Trafford. Mourinho juga dilihat telah menuju ke Manchester bagi sesi penggambaran rasmi sebelum pengumuman berlangsung.

Gambar: rss.cnn.com
 

Bekas pengurus Inter Milan, Real Madrid dan Chelsea ini menggantikan tempat Louis van Gaal yang dipecat Isnin lalu selepas dua hari pasukan Red Devils memenangi piala FA.

 
 
Comments