CLOSE
CLOSE

Mungkin Ramai Tidak Sedar, JSJK PDRM Pun Ada Platform Semak Akaun Bank Scammer

Tidak perlu semak di laman web yang tidak sah.


  • Share:

Mungkin Ramai Tidak Sedar, JSJK PDRM Pun Ada Platform Semak Akaun Bank Scammer
Selama ini kita hanya didedahkan dengan semakan nombor telefon scammer, namun tahukah anda sebenarnya Polis Diraja Malaysa (PDRM) ada menyediakan platform semakan akaun bank.

Platform ini antara inisiatif untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian atas talian atau online. 

Mudah saja, anda hanya perlu membuat semakan sama ada nombor telefon dan nombor akaun bank tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak polis atau tidak.

Lebih terjamin
Jika nombor akaun ini telah dilaporkan mempunyai kesalahan menipu orang ramai, notis amaran akan dikeluarkan di laman terbabit.

Oleh itu, daripada anda menyemak maklumat scammer daripada laman web yang tidak sah, apa kata anda gunakan platform dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM ini.

Untuk makluman, fungsi JSJK adalah untuk menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan terasuklah kes penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat semakan di sini.


Untuk makluman anda, berdasarkan laporan dikeluarkan Utusan Malaysia, sebanyak 4,500 kes de­ngan kerugian sejumlah RM113.11 juta melibatkan penipuan melalui panggilan telefon dan khid­mat pesanan ringkas (SMS) pada 2017.

Pada masa sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menyatakan sebanyak 329 kes dicatatkan di Selangor yang melibatkan RM16.6 juta dari Januari hingga Jun 2018. 

Jadi hati-hati guys sebelum melakukan transaksi pembayaran.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top