CLOSE
CLOSE

Daulat Tuanku, Ini 7 Momen Yang Rakyat Jelata Akan Kenang Sampai Bila-Bila

Siapakah Agong seterusnya?


  • Share:

Daulat Tuanku, Ini 7 Momen Yang Rakyat Jelata Akan Kenang Sampai Bila-Bila
Ahad lalu Malaysia dikejutkan dengan pengumuman Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pastinya ramai rakyat jelata sedih dengan keputusan ini kerana sepanjang dua tahun berada di atas takhta, Sultan Muhammad dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat dan amat merendah diri. Sifatnya amat disenangi rakyat. Malah baginda turut pandai berjenaka dan bergurau! (anda pasti ingat peristiwa di Parlimen).

Namun adakah rakyat Malaysia cukup mengenali baginda? Kami senarai beberapa perkara dan peristiwa menarik berlaku sepanjang Sultan Muhammad V bergelar Agong!

Sebelum itu apa kata kita lihat dulu sedikit latar belakang baginda.
 
  • Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan.
  • Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur.
  • Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.
  • Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.
  • Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991.
  • Pada tanggal 24 Mei 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan.
  • Pada 13 September 2010 baginda telah menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29.
  • Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan keselamatan dan ketenteraan.
  • Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar memelihara hidupan liar.

 

FAKTA MENARIK TENTANG SULAN MUHAMMAD V


1. PEKENAN PERUNTUKAN GAJI DAN OMULUMEN SEBANYAK 10 PERATUS


10 peratus untuk baju kerajaan baharu.

Pada yang tidak tahu, Sultan Muhammad V perkenan memotong peruntukan gaji dan emolumen sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2021, 

Keputusan itu dibuat sebagai keprihatinan terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi Malaysia ketika ini.

Difahamkan pemotongan sebanyak 10 peratus itu berkuatkasa sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka yang sepatutnya sehingga 2021.
 

2. PRIHATIN HAL EHWAL AGAMA


Sultan berjiwa rakyat.
Baginda amat mengambil perhatian serius dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Antara program yang diadakan hasil ilham baginda adalah Program Qiam With Me dan Walkathon Diraja yang telah bermula sejak tahun 2011 di Negeri Kelantan.
 

3. "SILA DUDUK DAN JANGAN LARI"



Ini mungkin perkara paling diingati sepanjang baginda bergelar Agong! Jenaka dan usikan baginda ketika memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Julai lalu mencetuskan fenomena.

"Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari," titah baginda sambil tersenyum.

Ia kemudian disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat.

4. PANDU SENDIRI KE MASJID BRIGED TENGAH



Agak pelik jika seorang kerabat diraja memandu kenderaannya sendiri bukan? Namun itulah contoh teladan yang ditonjolkan baginda apabial memandu sendiri ke Masjid Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras pada Disember 2016.

Baginda lebih selesa untuk melakukan segala urusan dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan semata-mata.
 

5. TIADA LAGI MAJLIS RUMAH TERBUKA DI ISTANA NEGARA


Penjimatan!
Salah satu contoh terbaik menggambarkan keperibadian baginda yang lebih memikirkan kebajikan rakyat terutamanya jika membabitkan pembelanjaan.

Pada 2018, baginda bertitah untuk tidak mengadakan majlis terbuka di Istana Negara.

6. “KEJAP MINUM AIR KEJAP”



Ini juga antara yang viral di media sosial! Hanya Agong mahu meminum air, ia menjadi sebutan ramai netizen. Gaya selamba baginda disifatkan sangat dekat dengan rakyat jelata dan tidak terlalu mengikut protokol. Buka botol air pun sendiri ya guys!

Kejadian ini berlaku di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13.

7. BERI PENGAMPUNAN PENUH TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


Akhirnya Anwar Ibrahim dibebaskan.
Sultan Muhammad V ketika menjadi Agong berkenan memberikan pengampunan penuh kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pada 16 Mei jam 11.30 pagi di Hospital Reheabilisasi Cheras. Rata-rata penyokong Anwar Ibrahim bersorak gembira dengan pengampunan ini, sekali gus meyakinkan pembentukan Malaysia baharu!

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top