CLOSE
CLOSE

Sultan Perak, Sultan Nazrin Dilantik Pemangku YDP Agong

Majlis Raja-raja perlu memilih YDPA yang baharu sebelum 3 Februari.


  • Share:

Sultan Perak, Sultan Nazrin Dilantik Pemangku YDP Agong

Rakyat Malaysia semalam dikejutkan dengan berita perletakan jawatan YDPA oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai YDPA.

Susulan dengan penggantian ketua negara, Mesyuarat Raja-Raja yang berlangsung telah diadakan hari ini dan memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

 

Memetik laporan Astro Awani, perkara itu dimaklumkan oleh sumber terdekat kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

 Sultan Perak, Sultan Nazrin.

Seramai enam daripada sembilan Sultan bermesyuarat di Istana Negara untuk mencapai keputusan itu.

 

Sultan-sultan yang hadir mesyuarat lebih satu jam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.

 

Selain memilih YDPA yang seterusnya, keenam-enam Sultan turut menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

 

Bagaimanapun, sumber memaklumkan butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top