CLOSE
CLOSE

Larangan Merokok Akan Diperluas Ke Kedai Dobi Dan Hotel

Jaga-jaga, ada yang memerhati.


  • Share:

Larangan Merokok Akan Diperluas Ke Kedai Dobi Dan Hotel
Foto: Mstar

Premis kedai dobi dan hotel bakal diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dalam tempoh terdekat.

 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, larangan merokok yang berkuat kuasa 1 Januari 2019 itu ketika ini hanya tertakluk kepada sembilan jenis premis di tempat awam.

 Larangan merokok bakal diperluaskan.

Berdasarkan respon dari pelbagai pihak, kementerian mengakui ada desakan untuk memperluaskan laragan itu di tempat awam seperti kedai dobi dan hotel.

 

“Tinjauan mendapati ada yang masih merokok di kedai dobi dan hotel. Justeru, wujud kebimbangan mengenai masalah kesihatan dalam kalangan perokok pasif. Oleh itu, kita akan bincang untuk tambah kawasan larangan merokok dari semasa ke semasa", katanya kepada Berita Harian.

 Bakal diperluas ke premis hotel.

Orang ramai diminta untuk akur dengan larangan merokok yang berkuat kuasa 1 Januari dengan tujuan mendidik.

 

Dr Dzulkefly berkata, tempoh mendidik selama enam bulan yang diperuntukkan sebelum kompaun dan denda dikeluarkan.

 

“Kita nak beri orang ramai faham bahawa kementerian bukan nak menghukum, sebaliknya lebih kepada mendidik supaya pelaksanaan larangan merokok ini berkesan dan berupaya dilaksanakan", katanya lagi.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top