CLOSE
CLOSE

Amaran Penduduk Pantai Timur, Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Sabtu

Amaran termasuklah untuk pekerja pelantar minyak.


  • Share:

Amaran Penduduk Pantai Timur, Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Sabtu
Foto: Berita Harian

Kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka akan dilanda angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60km sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m sehingga Sabtu ini.

 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak dan pantai seperti menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

 

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Sarawak dan Sabah Barat sehingga tempoh sama.

 

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 Amaran laut bergelora sehingga Sabtu.

Warga Pantai Timur diminta untuk sentiasa berjaga-jaga dan jangan pergi ke kawasan laut buat sementara waktu. 

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top