Rojak Daily Logo

Adibah Noor dan Baki Zainal Tinggalkan Suria FM

0
comments
Adibah Noor dan Baki Zainal Tinggalkan Suria FM
Gandingan Ceria Pagi. (Gambar: Suria FM)

Penyampai radio dan penyanyi, Adibah Noor, 46, serta gandingannya Baki Zainal, 35, mengesahkan akan melepaskan jawatan sebagai penyampai radio Suria FM bermula 31 Mei ini. Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar, menerusi BH Online berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi mampu membahagikan masa antara tugas di konti dan komitmen lain.

"Bayangkan, pagi-pagi lagi saya perlu berada di konti. Selepas itu, ada masanya, saya perlu menghadiri majlis tertentu. Kadang-kala rasa seperti tidak cukup rehat. Saya bimbang ia boleh mengganggu kualiti kerja. Cukuplah tiga tahun saya berkhidmat dan memberi apa yang difikirkan terbaik buat Suria FM. Apa lagi saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang penyiaran, jadi mungkin saya sudah ketandusan idea dan kreativiti untuk membawa Suria FM ke peringkat lebih tinggi. Sehubungan itu, saya undur diri bagi memberi laluan kepada bakat yang lebih baik dan kreatif."

Adibah berkata, kejayaannya merangkul trofi kategori Bicarawara Radio Terbaik untuk segmen Hari Wanita Kebangsaan 2015 - Raikan Kegemilangan (Suria FM) pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016, malam tadi, cukup menjadi isyarat buatnya berundur. "Orang putih kata 'quit while you are ahead'. InsyaAllah saya tinggalkan bidang penyiaran radio dengan kemenangan dan kenangan yang manis buat Suria FM dan semua penyokong setia Ceria pagi Suria FM," katanya.

Bagi Baki Zainal atau nama sebenarnya Zahimin Baki Zainal, 35, keputusan untuk meninggalkan radio sebenarnya sudah lama ada namun semangat yang diberikan oleh pendengar Ceria Pagi membuatkan dirinya bertahan. Menurut Baki, "Setiap pagi bila dapat mesej dari pendengar kata saya dan kak Adibah menceriakan hari mereka, saya gembira. Tapi lama-kelamaan saya sedar bahawa jiwa saya bukan radio. Saya cukup hormat pada penyampai radio yang betul-betul menumpahkan jiwa dan raga pada bidang radio macam Linda Onn dan Halim Othman." Baki juga ingin lebih memberi tumpuan dan fokus sebagai pengacara TV dan bakal kembali dengan sebuah rancangan pengembaraan di saluran 8TV kelak.

 

 
 
Comments