Rojak Daily Logo

Predikat Cinta Amy Search, Joe Flizzow, Noh Salleh, Yuna dan Nadira Adnan

0
comments
Predikat Cinta Amy Search, Joe Flizzow, Noh Salleh, Yuna dan Nadira Adnan
5 suara bergabung di pentas Istana Budaya.

Lima nama yang cukup terkenal dalam industri, bakal berpadu suara dalam sebuah konsert istimewa yang bakal diadadakan di Panggung Seri Istana Budaya pada 19 dan 20 Ogos ini. 'Cinta Concert', mengangkat tema cinta melalui lagu-lagu yang dipersembahkan oleh sang pencinta.

Sebut sahaja nama Amy Search, siapa yang tidak kenal dengan rocker terkenal yang sudah puluhan tahun berada dalam industri. Bayangkan Amy melontarkan suara menyanyikan lagu Isabella, Fantasia Bulan Madu, Tiada Lagi, Laila Namamu Teratas dan Gadisku... Pastinya membuat hadirin terpukau.

Amy Search 

Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak, seorang penyanyi dan produser yang memperjuangkan genre rap menerusi lagu-lagu seperti Apa Khabar, Baek, Havoc dan Untukmu. Joe berjaya membuktikan irama rap mempunyai tempat dan peminat tersendiri malah mampu seiring bersaing dengan genre lain.

Joe Flizzow 

Siapa yang tidak kenal dengan band Hujan dengan vokalisnya Noh Salleh. Lagu nyanyian band Hujan seperti Aku Scandal, Pagi Yang Gelap dan Ku Mahu Kau Tahu menjadi siulan ramai terutamanya anak muda. Noh kini muncul dengan lagu Angin Kencang dan Bunga di Telinga yang mungkin bakal menjadi halwa telinga anda di konsert Cinta.

Noh Salleh 

Seorang lagi anak seni yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana berjaya membina empayar di Amerika Syarikat dengan usaha dan keringat sendiri. Lagu-lagu seperti Cinta Sempurna, Remember My Name dan Terukir Di Bintang amat dinanti-nantikan kelompok peminatnya.

Yuna

Tidak ketinggalan Nadira Adnan, bintang baru dari Malaysia yang mula bertapak di Indonesia ini mula menjadi sebutan peminatnya dari dua negara serumpun. Nadira, pelajar jurusan perubatan di salah sebuah universiti di Indonesia mengambil peluang berada di sana untuk melebarkan empayarnya dengan sentuhan Ahmad Dhani dan gandingan bersama Al-Ghazali Ternyata pertaruhan gadis ini berjaya apabila album pertamanya Isi Hati yang membariskan beberapa lagu seperti Isi Hati, Januari Yang Terindah dan Cinta Datang dan Pergi menjadi siulan.

Nadira Adnan 

Anda yang berminat untuk menyaksikan persembahan memukau bintang pujaan hati ini bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM100/RM175/RM250/RM300/RM 500 di www.ticketpro.com.my dan kaunter tiket Istana Budaya.

 
 
Comments