CLOSE
CLOSE

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah, Dedikasi Khas Untuk Allahyarham Adib

Persembahan bersama dua penyanyi lagenda!


  • Share:

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah, Dedikasi Khas Untuk Allahyarham Adib
Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. (Gambar: Bernama/ Media Hiburan)
Minggu ini, Malaysia dibelengu suasana pilu apabila anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa akibat kecederaan parah dialami ketika bertugas di kuil Sri Maha Mariamman, 27 November lalu.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak mereka di sosial media.

Anggota bomba pastinya antara paling terkesan.
Tidak ketinggalan, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang turut berhasrat mendedikasikan persembahannya bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir sempena Konsert Duo Lagenda pada 22 Disember ini kepada Allahyarham Muhammad Adib.

Menurut Astro Awani, Siti Hasmah dilihat berada di Istana Budaya semalam untuk sesi latihan Konsert Duo Lagenda bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir sempena Konsert Duo Lagenda pada 22 Disember.

Pada persembahan itu nanti, Siti Hasmah akan mendedikasikan gesekan biola khusus untuk Allahyarham dan tiga lagu dipilih untuk segmen istimewa itu ialah Engkau Laksana Bulan, Fatwa Pujangga dan Gubahanku.

Masih sayu.
"Saya nak dedikasikan persembahan itu nanti kepada Adib. Saya masih tak boleh (bercakap tentang Adib), sebak sangat," katanya.

Konsert Duo Legenda bakal berlangsung dari 20 hingga 23 Disember ini di Istana Budaya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top