CLOSE
CLOSE

Artis K-Pop Diharamkan Buat Persembahan Di Malaysia? Ini Penjelasan Menteri

Hit you with that ddu-du ddu-du du.


  • Share:

Artis K-Pop Diharamkan Buat Persembahan Di Malaysia? Ini Penjelasan Menteri
Siapalah punya kerja buat fitnah! (Gambar: Teen Vouge/ Twitter)
Baru-baru ini kecoh dengan dakwaan seorang pengguna Twitter yang menyatakan artis korea akan diharamkan untuk membuat persembahan di Malaysia.

Malah, pengharaman itu dikatakan akan berkuatkuasa menjelang 2020.

Namun persoalannya adakah ia benar? Jika betul sekali pun, apakah sebab-sebab pengharaman terbabit? 

Blackpink akan membuat persembahan Februari depan.Berita baik buat peminat K-pop semua, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, hari ini menafikan kenyataan mengenai pengharaman artis Korea untuk melakukan persembahan di Malaysia berkuatkuasa 2020.

“This isn’t true. Kenyataan ini tidak benar. Tiada halangan sebegini diputuskan sama sekali. Harap maklum,” katanya menerusi Twitter semalam.

Sejurus kenyataan Gobind ini dikeluarkan, tweet asal oleh individu terbabit telah pun dipadamkan.
Bagi peminat k-pop anda tidak perlu risau mengenai khabar angin ini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top