Jom Studi! Pembelajaran Digital Terbaru Astro, Digi Dan Media Prima

  • Share:

Jom Studi! Pembelajaran Digital Terbaru Astro, Digi Dan Media Prima
Masih teringat lagi sistem pembelajaran dahulu, jika mahu membeli buku latihan atau mengambil tuisyen, maka kosnya boleh dikatakan agak mahal bagi golongan kurang berkemampuan.

Namun kini zaman sudah berubah, makin lama kos ini berjaya dikurangkan khususnya dengan kehadiran pelbagai platform digital. Persoalannya adakah yang hadir pada platform ini betu-betul legit?

Betapa tebalnya buku teks ketika pembelajaran dahulu.

HUB PEMBELARAN JOMSTUDI!

Berita baik baik buat ibu bapa mahupun pelajar, Astro, Digi dan Media Prima membawakan kandungan pendidikan yang berkualiti menerusi JomStudi.

JomStudi secara mudahnya adalah hab pembelajaran digital menggabungkan pelbagai sumber pendidikan dalam satu platform.

Menarikya, ia menawarkan akses kepada semua pelajar bersekolah untuk meneroka kandungan digital.

Bakal dilancarkan pada bulan Januari 2019, JomStudi merupakan sebuah inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memberi sokongan penuh!
Menerusi JomStudi, pelajar akan mempunyai akses pada bila-bila masa, di mana sahaja untuk mendapatkan kandungan pendidikan berkualiti yang mematuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, 

Pelajar akan ditawarkan kandungan oleh Tutor TV dari Astro dan FullAMark dari Media Prima. Platform tersebut dibangunkan dan dikendalikan oleh Digi.
 
Tutor TV oleh Astro merupakan saluran yang menarik dan serba interaktif, bertujuan untuk mendidik para pelajar di Malaysia dengan semua kandungan sukatan pelajaran sekolah. Ia merangkumi 3 modul, Astro Tutor TV UPSR, Astro Tutor TV PT3, dan Astro Tutor TV SPM, yang ditujukan kepada pelajar yang akan menduduki atau sedang menduduki peperiksaan yang berkenaan.

Sementara itu, FullAMark merupakan sebuah portal pembelajaran dalam talian yang memberikan pelajar akses kepada pelbagai latihan ulang kaji berdasarkan empat (4) subjek teras UPSR, PT3 dan SPM.
 
Apapun sama-sama kita tunggu apabila ia dilancarkan Januari ini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top