CLOSE
CLOSE

‘Hipster Town’ Milik Ipoh

Ipoh mali talak sombong!


  • Share:

‘Hipster Town’ Milik Ipoh
Ipoh yang indah. (Gambar: syikindaily.blogspot.com)

Woot! Tabik kepada bandar Ipoh kerana bukan sahaja digelar Ini Pekan Orang Hensem (I.P.O.H.), malah kini Ipoh mendapat jolokan bandar hipster oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini.

Gambar: perak.travelin360.com

Jika anda ke Ipoh, terdapat banyak kedai-kedai lama, hotel butik, seni jalanan dan pasar barangan antik yang membuatkan Ipoh unik dan berbeza dari bandar-bandar yang lain. Apabila berada di Ipoh, anda bagaikan berada di sebuah pekan maju dengan senibinanya yang antik namun masih kukuh bertahan.

Gambar: Flickr

Bukan sahaja itu, nanti akan ada satu kawasan khas di Ipoh yang berkonsepkan hipster iaitu di kawasan People’s Park berdekatan Jalan Sultan Iskandar, Ipoh. Antara yang bakal menanti anda termasuklah kawasan beriadah, laluan berbasikal, lampu-lampu neon serta lapangan food truck yang bakal menjadi tumpuan warga Ipoh.

Gambar: www.thechicfish.com

Jadi buat anda yang masih belum berkesempatan menjejakkan kaki ke bandar Ipoh, perjalanan dua jam dari ibu kota pasti berbaloi. Tidak hanya anda boleh menikmati hipster town ini dengan lebih mendalam, makanan-makanan di Ipoh juga semua enak-enak. Sesuai untuk road trip anda dan teman-teman di hujung minggu!

Gambar: mforum.cari.com.my

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top