Rojak Daily Logo

Kadar Tol Bakal Naik?

0
comments
Kadar Tol Bakal Naik?

Keputusan muktamad tentang kenaikan harga tol di lapan buah plaza akan ditentukan dalam waktu terdekat. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang dipetik The Sun, kerajaan terikat dengan perjanjian bersama pihak konsesi dan sekiranya kadar tol tidak dinaikkan, kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM593 juta kepada syarikat konsesi. Tindakan ini tentunya membebankan pihak kerajaan untuk jangka masa panjang.

Gambar: www.thestar.com.my

Berdasarkan perjanjian pihak kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi, terdapat lapan lebuhraya dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 5% sejak Januari 2016. Kelapan-lapan lebuhraya berkenaan ialah semua tol kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kecuali Jambatan Pulau Pinang, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite). Manakala empat lebuhraya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB).

Walau bagaimanapun Fadillah enggan sebarang spekulasi sama ada berlaku kenaikan kadar tol lapan lebuhraya berkenaan kerana masih belum ada rundingan antara kerajaan dengan semua syarikat konsesi terbabit. Mengikut perjanjian terdapat empat lebuhraya lagi dibenarkan menaikkan kadar tol iaitu Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Senai-Desaru Expressway (SDE) dan Eastern Dispersal Link (EDL).

 
 
Comments