Rojak Daily Logo

Katakan Bye Bye Kepada Skim Pencen?

0
comments
Katakan Bye Bye Kepada Skim Pencen?
Rancang kewangan dan mulakan tabungan masa hadapan anda! (Gambar asal: www.icytales.com)

Menurut kenyataan yang disiarkan akhbar The Sun Daily, Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutip KWAP Kuala Lumpur memaklumkan skim pencen semasa penjawat awam yang dipanggil manfaat pasti agak sukar dikekalkan dan berkemungkinan besar ditukar kepada skim jenis KWSP yang dikenali sebagai sumbangan pasti.

Wan Kamaruzaman Wan Ahmad (Gambar: The Star)

Menerusi skim sedia ada, penjawat awam tidak perlu membuat caruman sendiri sebaliknya dibayar oleh majikan termasuk badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak penjawat awam memperoleh 50% daripada gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun.

Namun skim semasa ini menyebabkan pihak kerajaan menanggung liabiliti sehingga RM300 bilion dan ianya sukar dikekalkan untuk jangka panjang. Langkah terbaik mengurangkan liabiliti adalah dengan bertukar kepada skim baharu yang membolehkan kedua-dua pihak majikan dan pekerja menabung sejumlah wang tertentu melalui potongan gaji setiap bulan ke akaun persaraan mereka. Skim ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kerajaan terhadap liabiliti pencen yang sentiasa bertambah.

 
 
Comments