Terima Kasih TLDM! - 'PASKAL The Movie' Sumbang RM100,000

  • Share:

Terima Kasih TLDM! - 'PASKAL The Movie' Sumbang RM100,000
Filem 'PASKAL The Movie' melabuhkan tirainya dengan pencapaian amat membanggakan.

Bukan sekadar kutipan mencapai RM30 juta semata-mata, namun apa yang lebih penting filem ini berjaya mengubah  persepsi masyarakat terhadap genre filembercorak ketenteraan.

Siapa sangka filem yang mengangkat elemen ketenteraan mampu menarik orang ramai untuk menontonnya lebih daripada sekali.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam penghargaan #PASKALTheMovie di Majestic Hotel KL! #KitaSentiasaTerbaik

A post shared by GSC Cinemas (@gscinemas) on


Sehubungan kejayaan itu, pelabur dan produksi 'PASKAL The Movie' sepakat untuk memberikan sumbangan kepada tabung kebajikan TLDM pada majlis penghargaan malam tadi. Ia sebagai tanda penghargaan kepada tentera yang memberi sokongan sepanjang penghasilan filem.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee kepada Panglima Paskal, Laksamana Pertama Anuar Alias di Majestic Hotel.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir termasuklah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan isteri, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany dan isteri serta Panglima Paskal, Laksamana Pertama Anuar Alias. 

Pelakon yang menjayakan PASKAL The Movie
Filem 'PASKAL The Movie' dibintangi barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Theeban G, Henley Hii, Hafizul Kamal, Jasmine Suraya Chin, Namron, Amerul Affendi dan Datuk Eizlan Yusof. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top