Sekarang Semua Boleh Beli Online, Termasuklah Rumah!

  • Share:

Sekarang Semua Boleh Beli Online, Termasuklah Rumah!
Pernahkah anda terfikir untuk membeli rumah secara atas talian? Agak mustahil bukan?

Namun, nampak gayanya kaedah pembelian itu mungkin bakal terjadi apabila platform Lazada akan bekerjasama dengan syarikat dan pembangun hartanah Mah Sing!

Tiada maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini, namun berdasarkan laman web Lazada, tertera iklan teaser mengenai kerjasama itu yang bakal diumumkan 28 November ini. 


Jika ianya terjadi, maka ia bakal menjadikan Lazada sebagai platform pertama menawarkan pembelian hartanah. 

Lazada sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka termasuklah pengeluar kereta Volkswagen. Anda boleh lihatnya di sini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top