Awas Perakam Di Dalam Wayang, Menangkap Anda Kini Lebih Mudah!

  • Share:

Awas Perakam Di Dalam Wayang, Menangkap Anda Kini Lebih Mudah!

Tengah syok menonton wayang, potong betul kalau ada orang buat IG Story, Facebook Live, bersembang, bermadu asmara dan bercakap telefon kan? Kini anda bakal bebas daripada orang mentaliti kelas ketiga ini.

 

Atas usaha murni untuk menbentras masalah penyangak di dalam panggung wayang, Golden Screen Cinemas (GSC) dengan kerjasama Astro Shaw telah melancarkan GSC Helpline untuk anda melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

 Sam, Zizan dan Hasnul ketika sesi pelancaran.

Seiring dengan tayangan rasmi Polis Evo 2 yang sudah bermula hari ini, GSC bersama tiga pelakon utama filem aksi tersebut, Shahiezy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat telah melancarkan GSC Helpline.

 

Bagaimana cara nak lapor? GSC Helpline merupakan sebuah telefon yang diletakkan di luar setiap pawagam GSC. Jika berlaku sebarang aktiviti yang mencurigakan, anda boleh keluar dan gunakan telefon tersebut untuk membuat laporan.

 Penyanyi Ara Johari pernah mencetuskan kontroversi IG Story ketika menonton Avengers.

Kakitangan GSC pasti akan datang untuk menyiasat laporan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melaporkan sebarang masalah teknikal yang berlaku sebelum atau semasa sesi tayangan filem berlangsung.

 Pesanan dari GSC.

Ingat, orang nak tonton wayang, bukan nak buat onar. Hukuman berat menanti sesiapa yang mencuri, menyebar dan mencetak rompak hasil karya orang lain. Tahniah pada pasukan GSC dan Astro Shaw.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top