Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Untuk Simpan Kad Pengenalan Anda! Ini Penjelasannya

  • Share:

Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Untuk Simpan Kad Pengenalan Anda! Ini Penjelasannya
Hati-hati ya guys. (Gambar: Rojak Daily/Fairus)
Kad pengenalan sememangnya ‘harta’ individu yang tidak boleh dibuat main. Tersilap langkah dan jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab, maka pelbagai masalah akan timbul.
 
Namun, tahukah anda bukan semua pihak berkuasa mempunyai hak untuk mengambil kad pengenalan anda!
 
Ini kerana memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
 
Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Jadi siapakah yang berhak?
  • Pegawai Polis
  • Pegawai Pendaftaran
  • Pegawai Kastam
  • Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah
  • Anggota tentera yang bertugas, menjaga dan mengawas.

Satu lagi perkara menarik yang anda perlu tahu adalah pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk meminta dan menyimpan kad pengenalan.

Anda boleh lihat maklum balas menerusi laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia di bawah.


Sementara itu, menurut kementerian menerusi pekeliling dikeluarkan, amalan pegawai keselamatan menyimpan kad pengenalan milik pelawat adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, kementerian meminta semua syarikat kawalan keselamatan memberhentikan serta-merta amalan menyimpan dokumen sekuriti pelawat yang memasuki premis persendirian seperti kondominium dan komuniti berpagar seperti yang diamalkan. 

Syarikat kawalan keselamatan hanya boleh meminta dokumen identiti pelawat semata-mata bagi tujuan semakan dan rekod kemasukan ke premis dan kemudian mengembalikannya kepada pelawat selepas identiti mereka direkodkan.

Selain daripada itu, semua syarikat kawalan keselamatan yang mengeluarkan peraturan dalaman untuk kawalan sesuatu premis kediaman awam hendaklah mengemukakan peraturan tersebut kepada kementerian ini bagi tujuan semakan dan kelulusan sebelum sesuatu peraturan itu berkuat kuasa. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top