CLOSE
CLOSE

Mark Zuckerberg Arah Supaya Guna Android Berbanding iOS!

Masa untuk berubah angin?


  • Share:

Mark Zuckerberg Arah Supaya Guna Android Berbanding iOS!

Masih ingat lagi skandal data Cambridge Analytica yang melanda Facebook?

Hampir 50 juta data profil Facebook telah dikumpulkan dan data berkenaan dikatakan akan digunakan untuk beberapa tujuan dan kepentingan tertentu.

Antara yang memandang serius ini adalah CEO Apple Tim Cook yang mengkritik sistem privasi Facebook yang menyebabkan ketirisan data pengguna kepada orang luar.

Tim Cook menjelaskan mereka amat memetingkan privasi dan tidak akan menjual data pengguna untuk kepentingan tertentu.


Mungkin kerana itu Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah terasa hati dan kemudiannya mengarahkan supaya pasukan pengurusan laman sosial hanya menggunakan peranti Android sahaja.

Menurut laporan The Verge, Mark mengatakan sistem operasi Android lebih terbuka dan boleh dibangunkan secara meluas daripada iOS.

Jadi, selepas melihat tindakan drastik Mark ini, adakah pengguna iOS akan beralih kepada Android? Adakah perlindungan data Android lebih selamat daripada iOS? Anda tentukan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top